BISKUT RAYA VIRAL TERBAIK PILIHAN ANDA
Berkongsi pengalaman belajar membuat biskut raya bersama rakan-rakan yang dibimbing oleh Chef Rozita. Seronok sekali semasa sesi membancuh adunan untuk membuat doh. Kelam kabut menimbang bahan-bahan. Nasib baik setiap kumpulan ada 3 org.. Setiap orang sudah ada tugas masing-masing. Saya cuma kisar bahan-bahan untuk buat doh saje. Mudah saje cara nye, tapi mesti tapi mesti ada kepakaran juga. Kalau tak, proses untuk buat doh tu, tak berapa lancar. Nasib baik ahli kumpulan saya semuanya cekap dan pantas. Seronok rasanya dapat bekerja dengan diaorang dalam satu kumpulan.
![]() |
Bergambar bersama Chef dan rakan-rakan |
Sesi pertama, kami di ajar membuat Royale Cappucino Cookies. Sedap rasanya sebab chef reka biskut ni dengan bahan-bahan yang sedap seperti cappuccino emulco, nestum, croqant, peanut butter dan juga coklat. - Dihias dengan telur kuning, kacang tanah - chuck, white coklat dan dark cooking coklat
Selepas tu kami di ajar membut Biskut SUJI BRUNEI - senang je.. tapi rasanye sedap. Rugi kalau tak cuba rasanye. Tapi jangan terkejut tengok biskut Sugi kami. Takde acuan bulat untuk kami terap. So kami guna apa yang ada. Bentuk asal biskut ni hanya bulat saje..
Sesi Ketiga kami di kehendaki membancuh aduan untuk Chessy Cookies. Seronok buat adunan ini. Mudah saje. Bahan-bahan yang diperlukan pun simple saje.. Yang penting Cheese mesti ada. Parutkan sahaja.. Cantik tak.. Rasa ye pun best. Kepada pengemar cheese, jangan lupa rasa dan nikmati rasa cheese sebenar. Memang lazat. Sekali rasa mesti nak lagi.
Selepas itu kami diajar membuatWhite Chocolate Nutty Cookies.. Memang harum bau nye sbb ada oats, coklat chip, walnut dan almond nibs. Mesti ramai yang suka biskut nie.. Tapi kami tak guna acuan. Cuma canai doh, kemudian potong empat segi sama.. senang. lepas tu hiaskan dengan
white chocolate rise. Selepas biskut dah masak dan telah disejukkan kami hiaskan lagi dengan cooking coklat di atas nya.
Comments